INTERMITTENT FASTING


 3 KESILAPAN YANG SELALU DIBUAT KETIKA DIET INTERMITTENT FASTING ( IF )

“Susahnya nak kurus, makan tak dapat control”

“ Sikit sikit lapar, nak buat macam mana ni?”

 

Mesti ramai yang hadapi masalah ni kan? Saya pun samalah juga, masalah ni juga yang menghantui saya bila nak turunkan berat badan sehinggalah terjumpa dengan satu kaedah diet yang santai tapi berkesan. Selera makan terkawal dan makin kurang craving makanan manis manis. Haaa, diet apa tu?

 

Pernah dengar tentang Intermittent Fasting? Saya pasti ramai yang tahu kerana ianya bukanlah sesuatu yang baharu dalam bidang kesihatan, malahan ianya sangat popular di barat diamalkan oleh para atlet dan selebriti. Diet ini juga tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia, ramai dalam kalangan artis artis dan influencer amalkan sebagai gaya hidup sihat.

 


Apa Itu Intermittent Fasting?

 

Secara ringkasnya, IF bukanlah sejenis diet tapi lebih kepada pola pemakanan mengikut satu jadual tertentu yang mana kita sendiri tentukan waktu bila nak makan dan berpuasa. Kaedah IF dilakukan dengan cara berpuasa dalam tempoh masa yang berbeza mengikut kesesuaian gaya hidup masing-masing.

 

Bagi umat Islam, konsep asas IF adalah sama dengan ibadah puasa sunat atau ibadah dibulan Ramadhan cuma bezanya kebanyakan pengamal IF mula berpuasa waktu malam dan waktu tidur juga dikira sebagai tempoh waktu berpuasa.

 


Saya sendiri sudah mencuba Intermittent Fasting  ini dan berjaya turunkan 20kg berat badan saya dalam masa 6bulan. Alhamdulillah!

 


Kaedah Intermittent Fasting ini sebenarnya cukup mudah dilakukan oleh kebanyakan orang. Namun, masih ramai yang keliru dan melakukan kesilapan tanpa sedar sehingga tidak menampakkan hasil yang diinginkan dari diet tersebut.

 

Berikut merupakan kesilapan yang sering dilakukan berdasarkan pengalaman saya sendiri :

 

1. Naikkan tempoh waktu berpuasa dengan cepat

 


Bagi yang belum pernah buat IF dan pertama kali mencuba, seharusnya bermula dengan tempoh waktu puasa yang pendek sebagai contoh mula dengan 12 jam berpuasa. Pastikan badan kita sudah serasi dengan tempoh puasa tersebut tanpa sebarang komplikasi barulah perlahan-lahan naikkan waktu berpuasa.

 

Jangan disebabkan orang lain buat 20jam dan berat turun dengan cepat, kita juga terus nak ikut buat macam dia. Padahal, dia dah bertahun buat IF tetapi kita pulak baru nak bermula. Akhirnya, bila kita tak turun berat yang kita inginkan, mulalah rasa nak give up!

 

Tak perlu terburu-buru, lakukan secara berperingkat mengikut keupayaan badan masing-masing.

 

2. Pemilhan makanan yang salah

 


Pemilihan makanan sewaktu tempoh eating window ini adalah sangat penting. Pastikan kita memilih makanan yang dapat memberikan rasa kenyang yang lama dan membantu untuk membakar lemak. Sebolehnya elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan kurangkan pengambilan karbohidrat, kerana ianya akan membuatkan kita cepat berasa lapar semula dan craving makanan manis pun susah nak hilang. Malahan, ia akan meyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan kita.

 

Utamakan pemakanan yang kaya dengan sumber protein, makanan yang mempunyai kadar serat yang baik, sumber lemak baik serta sayur sayuran untuk dapatkan hasil yang optimum.

Dari pengalaman saya sendiri, bila makan cukup protein, cukup sumber serat, lemak baik dan minimum karbohidrat, kita tak akan mudah rasa lapar dan bila sampai waktu eating window tu pun kadang kadang masih tak berasa lapar sampai terlajak puasa 2-3jam lagi.

 

Nutrisi yang mencukupi ketika waktu makan juga sangat sangat membantu untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan pembakaran lemak lebih efisyen.

 

3. Gagal mengawal stress

 


Bila seseorang itu dalam keadaan stress, ia akan menghantar signal kepada otak dan seterusnya mendorong badan kita merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang akan menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan yang kurang berkhasiat terutamanya yang manis manis.

 

Jadi, sebab itulah kita rasa nak makan makanan yang beri efek menenangkan seperti coklat atau minuman manis seperti tealive. Biasanya bila kita stress, kita akan cenderung makan berlebihan walaupun dalam keadaan tidak lapar.

 

Sebaiknya, cuba kawal stress dengan bersenam, tidur yang cukup dan cheat day sekali sekala.

Diet kena enjoy, kena santai. Tak perlu stress ye kawan kawan!

 

Kesimpulan

 

Buat IF dah berminggu-minggu, tetapi berat masih tak turun dan inchloss pun tak ada. Jangan berhenti dulu. Cuba semak balik, ada tak kita buat kesilapan kesilapan di atas. Jika ada, cuba perbaiki dan tunggu hasilnya!

 

Paling penting, konsisten dan kesabaran adalah kuncinya!

Jadikan ianya sebagai lifestyle, fokus kepada kesihatan kerana lagi banyak manfaat yang kita akan dapat dengan mengamalkan kaedah Intermittent Fasting. InsyaAllah, bila sihat badan akan mudah turun berat.

 

Di bawah ini saya sertakan sekali beberapa rakan saya yang berjaya dapatkan berat badan idaman dengan kaedah Intermittent Fasting dan digabungkan dengan pengambilan Shaklee Hello New You Set.


Berjaya turunkan 7kg!



 Hilang 7kg juga dengan IF!


Teruja nak turunkan berat secara sihat?
Jom cuba Intermittent Fasting sekarang!


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleeterengganu
#shakleekemaman

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyebabkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama